Sunday, July 22, 2007

KOMPLEKS PAS PAHANG


PAS Pahang berkembang pesat menongkah cabaran sepanjang lebih 50 tahun lalu. Sambutan dan harapan rakyat untuk melihat kejayaan PAS mendaulatkan syariat Islam di negeri Pahang amat kuat dan menjanjikan!

Demi merealisasikan cita-cita tersebut, menampilkan kewibawaan sebuah kerajaan menunggu dan menggembleng kekuatan, PAS Pahang memerlukan sebuah kompleks pentadbiran dan latihan yang baru untuk menampung keperluan jangka pa
njang.

LOKASI

Menjelang akhir 2006, PAS Pahang telah berjaya memperoleh sebidang tanah strategik seluas lima ekar di simpang empat Kerdau dengan kos hampir RM300,000 yang telah berjaya dilunaskan.

Tapak strategik ini terletak 15km dari bandar Temerloh yang mempunyai prospek pembangunan jangka panjang sebagai bandar baru di dalam Pelan Pembangunan Temerloh. Keseluruhan tanah tersebut telah dibersihkan pada Mac 2007 untuk fasa-fasa pembangunan seterusnya.
KOMPONEN

Kompleks ini dirancang menjadi sebuah pusat sehenti pembangunan komuniti yang menawarkan manfaat kepada semua pihak. Apabila siap sepenuhnya dalam tempoh sepuluh tahun, Kompleks PAS Pahang akan mengandungi komponen berikut yang akan dibina mengikut fasa keutamaan :
Fasa Pertama (bangunan utama dua tingkat yang disasarkan pembinaan bermula Oktober 2007) mengandungi dua komponen berikut:

· Pejabat Pentadbiran Negeri yang mengandungi pejabat am, bilik mesyuarat, bilik para pegawai, ruang tamu, bilik gerakan, makmal ICT, bilik lajnah dan jabatan-jabatan, bilik jamuan, dapur, stor, bilik percetakan, bilik fail dan pusat sumber.
· Dewan persidangan berkapasiti 2000 audiens dan tempat letak kereta serta astaka.
Fasa Kedua - kemudahan tambahan yang terdiri daripada :

· Musolla, asrama, kuarters, taman kanak-kanak dan sukan berlandskap, premis perniagaan dan dataran terbuka.

ANGGARAN KOS FASA PERTAMA

Kos pembinaan fasa pertama dianggarkan sebanyak RM6.6 juta merangkumi pembinaan:

1. Kerja-Kerja Permulaan RM250 ribu
2. Infrastruktur RM800 ribu
3. Bangunan Utama RM3 juta
4. Kelengkapan RM2 juta
5. Utiliti RM400 ribu
6. Sistem Saliran RM100 ribu
7. Astaka dan Parkir RM100 ribu
Sumbangan Anda Diperlukan. Salurkan Kepada Badan Perhubungan PAS Pahang. Untuk Info Hubungi 09-296 5143, 013-922 5143 Atau E-mel: bppnpahang@pas.org.my
ATAU Salurkan Terus Ke Akaun : Maybank 556057201817 (Atas Nama Pakatan Amal Sejagat) dan SMS Makluman Kepada 013-922 5143.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di ibu pejabat kami :

Badan Perhubungan PAS Pahang
Tingkat 1 No. 2, Jalan Sudirman 6
Pusat Perdagangan Seri Semantan
28000 Temerloh, Pahang

No comments: